• home

Asal Usul Jenama Zip 'YKK'.




Pada tahun 1932, Tadao Yoshida yang berusia 24 tahun bekerja di sebuah syarikat yang menghasilkan zip dan selepas itu majikannya telah jatuh bankrap. Pada tahun 1934 Tadao Yoshida mengasaskan sendiri Syarikat YKK ini di Nihonbashi, Tokyo. 
Pada awal penciptaan zip, ia telah dipanggil "clasp locker" . Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, pada 1913, Gideon Sundback Sweden mengubahsuai zip "clasp locker" dan menggunakan gigi logam lalu terciptalah zip seperti yang kita lihat hari ini, dan tercipta ia pada 1917. 
Hari ini, terdapat juga zip yang dibuat daripada plastik. Singkatan YKK merupakan kepanjangan dari Yoshida Kogyo Kabushikikaisha . Tadao Yoshida mendirikan Yoshida Kogyo Kabushikikaisha iaitu nama penuh kilang YKK pada tahun 1934.
YKK menjalankan perniagaan di Jepun, Asia, Amerika Syarikat dan Brazil. Sistem pengeluarannya memiliki produk yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pasaran yang tepat dan menyampaikan tahap kualiti yang dipercayai di seluruh dunia. 
Jenama YKK adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai barangan yang menawarkan kualiti, kepelbagaian dan keunikan, berdasarkan pelbagai pengetahuan bagaimana ia telah terkumpul melalui projek-projek utama di seluruh dunia.
Pelanggan-pelanggan sedia tahu mereka boleh bergantung kepada YKK untuk pembuatan berkualiti tinggi. Jenama YKK biasanya dijumpai dalam barangan :
* Pakaian
* Perabot
* Beg
* Peralatan Sukan
Syarikat ini iaitu kilang membuat zip kini terulung di dunia, beliau membuat kira-kira 90% daripada semua zip iaitu lebih kurang 206 kilang di 52 buah negara. Mereka bukan sahaja membuat zip malah mereka membuat mesin untuk membuat zip. Kilang terbesar mereka adlah di Georgia iaitu membuat lebih 7 juta zip setipa hari.
Kumpulan YKK juga mengilang produk lain seperti butang-butang, produk seni bina, dan juga mesin industri. Syarikat Yosida zip berpegang kepada satu prinsip iaitu "Kitaran Kebaikan yang bermaksud, tidak berjaya seseorang itu melainkan jika dia menjadikan manfaat kepada oarang lain". Menggunakan prinsip ini, beliau berusaha untuk mewujudkan produk terbaik diluar sana.
90% zip kat dunia ni adalah buatan YKK di 206 kilang dan 52 negara.
YKK bukan sahaja buat zip tapi juga mencipta mesin pembuat zip. Kilang terbesarnya terletak di Georgia, USA. YKK juga menceburi bidang pertanian dan pembuatan.



Tadao Yoshida

Keindahan Love Valley (Turki)



Love Valley ini terletak di Cappadocia, Turkey dan ia mempunyai sebab yg tersendiri kenapa ianya dipanggil Love Valley. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni. Love Valley ini dipenuhi dengan batuan panjang yang sgt menarik. Lembah ini menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia dan ramai yg datang kesini untuk melihat sendiri keindahan Love Valley dan mengambil gambar untuk di abadikan. 













Lelaki Buat Tatu Pada Badan Bayi Berusia 5 Bulan

Seorang ibu penduduk New York, Franny Trokerns ditahan selepas  pengasuh bayinya membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

Dia bekerja sebagai penari bogel di sebuah bar tempatan. 

Pada suatu malam selepas selesai bekerja sebagai penari bogel di sebuah bar tempatan, dia yang sedang dalam keadaan mabuk telah membenarkan teman lelakinya Derrek Honsteads (seorang pelukis tatu) membuat tatu pada bayinya yang berusia 5 bulan





Aksi Merbahaya Tidur Di Landasan Kereta Api



Untuk sebuah keseronokan dan populariti, orang sering melakukan pekara yang melampau yang berada di luar jangkauan akal yang waras. Mempertaruhkan nyawa adalah perkara yang paling sering dilakukan oleh orang untuk mendapatkan keseronokan ataupun populariti. Ketika pekara tersebut di lakukan banyak yang berlaku kemalangan atau bahkan pelakunya menemui ajal.
Kita sering melihat tayangan televisyen yang mempertontonkan adegan ini, ada yang menggunakan motor untuk melompat-lompat di atas barisan kereta api, membakar diri dan hal-hal lain yang membahayakan diri pelaku. Seperti yang dilakukan Gadis berani ini, dia mencabar kereta api dengan Baring telungkup di antara rel kereta api pada saat kereta api melintas di atasnya. Hasilnya, tak terjadi apa-apa atas gadis ini.Sebuah adegan gila.









Potong Kemaluan Untuk Kuasai Seni Mempertahankan Diri





City Evening News melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Jilin, China bertindak memotong zakarnya semata-mata untuk menguasai ilmu kung fu.
 
Lelaki itu mendakwa sifunya memberitahunya dalam mimpi agar memotong zakarnya jika mahu meningkatkan penguasaan ilmu kung funya - Qi Gong. Lelaki itu juga mendakwa sifunya turut mengarahkannya agar memusnahkan barang dan harta bendanya.
 
Keesokan harinya, lelaki dengan nama keluarganya Zhang terlompat-lompat sekeliling rumah kerana tidak dapat menahan kesakitan selepas memotong kemaluannya. Dia kemudiannya rebah dan tidak sedarkan diri.
 
Orang kampung yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan bogel kemudiannya menelefon polis.
 
Selepas membuat pemeriksaan, pihak polis menemukan zakar lelaki itu di rumahnya, namun pihak hospital gagal menyambungnya semula kerana kecederaan yang teruk pada zakar tersebut.
 
Selepas sedarkan diri, lelaki itu menceritakan perihal mimpinya itu kepada pihak polis.