MIAMI: Seorang lelaki yang sedang disoal siasat oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkaitan pengeboman Maraton Boston, bulan lalu maut selepas suspek bertindak ganas.
Media Amerika Syarikat (AS) berkata, lelaki berkenaan adalah salah seorang suspek pengoboman ketika acara larian berkenaan kemudian ditembak oleh ejen FBI ketika sesi soal siasat ketika awal pagi di Orlando, Florida. FBI berkata, lelaki berkenaan bertukar menjadi ganas ketika soal siasat manakala seorang ejen FBI cedera dalam kejadian itu.
FBI bagaimanapun tidak menamakan lelaki yang ditembak mati itu tetapi akhbar harian Orlando Sentinel mengenal pastinya sebagai Ibragim Todashev, 27.
Todashev dilaporkan adalah rakan kepada suspek utama pengeboman Maraton Boston, Tamerlan Tsarnaev.
Tsarnaev, 26, dan adiknya, Dzhokhar, 19, kini berdepan dengan tuduhan terbabit dengan pengeboman Maraton Boston pada 15 April lalu yang mengorbankan tiga nyawa serta lebih 260 lagi cedera. - AFP
SUMBER



