• home
Home » » Isteri kena minta izin suami sedekah harta

Isteri kena minta izin suami sedekah harta

Seorang anak yang sudah berkahwin berselisih dengan ayahnya sehingga anak tidak mahu bercakap dengan ayahnya. Lalu ayahnya berkata: Sesiapa yang tidak mahu berhubung denganku, dia tidak boleh makan harta yang aku cari. Tetapi ibu tetap memberikan bantuan keperluan kepada anaknya secara sembunyi-sembunyi daripada harta ayah. Bolehkah begitu. 





Apa yang diucapkan ayah itu benar kerana seorang anak tidak boleh memutuskan hubungan dengan ayahnya, kemudian dia mendatangi ibunya secara rahsia tanpa pengetahuan ayahnya dan ibunya selalu memberikan sesuatu daripada harta kekayaan suami kepada anak itu tanpa izin suami. 


Alasan yang tidak membolehkan ibu memberikan harta suaminya kepada anak, pertama, isteri tidak berhak memberikan harta kekayaan suami kepada sesiapapun kecuali dengan izin suami. 

Bahkan, isteri tidak boleh bersedekah hartanya kecuali dengan izin suaminya. Maka, jika suami memberikan keizinan dengan perkataan atau isyarat, barulah isteri boleh melakukannya. Jika tidak, isteri tidak boleh melanggarnya terutama jika dia tahu suaminya akan marah atau suaminya telah melarangnya berbuat demikian. Oleh itu dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil harta suaminya selama suaminya tidak setuju. 

Bapa berhak terhadap anak 

Kedua, sikap ibu memberikan harta kekayaan suami kepada anaknya secara sembunyi-sembunyi seolah-oleh dia mendorong anak itu untuk memutuskan hubungan dengan bapanya, padahal semestinya dia bersikap sebaliknya iaitu menjelaskan kepada anaknya bahawa anak masih tetap berhajat kepada ayah. Anak mesti berbuat baik kepadanya. Dia tidak boleh memutuskan hubungan silaturahim dengannya dan dia mesti mengharap keredaannya kerana seorang ayah mempunyai hak yang banyak daripada anaknya, hak mesti diketahui dan ditunaikan oleh anak. 
Meskipun hubungan silaturahim itu terputus antara orang yang tidak ada hubungan kekeluargaan, namun mereka mesti menghubungkannya kembali supaya Allah menerima mereka sebagai hamba-Nya yang soleh, dan Dia mengampuni dosa mereka. 

Apakah hukumnya jika silaturahim yang terputus itu berlaku antara kaum kerabat, ayah dengan anak atau anak dengan ayah? 


-->


Perlu saling memaaf 

Hadis menyebut: Pada setiap hari Isnin dan Khamis amal ibadat diserahkan kepada Allah, lalu Allah Taala mengampuni setiap hamba yang tidak menyekutukan-Nya kecuali bagi orang yang tidak baik hubungannya dengan saudaranya, maka Allah berfirman: Buatlah yang dua orang ini di akhir sehingga mereka berbaik-baik, buatlah yang dua orang ini di akhir sehingga mereka berbaik-baik, buatlah yang dua orang ini di akhir sehingga mereka berbaik-baik. 

Maknanya, Allah melambatkan keampunan daripada kedua-duanya sehingga mereka saling maaf-memaafkan dan saling berbaik-baik dengan mengembalikan hubungan dan kasih sayang antara mereka.


SUMBER